EURO 2024
EURO 2024: Petanda baik masa depan Georgia
Satu pengalaman indah buat semua peminat bola sepak Georgia apabila layak ke pusingan kalah mati namun akur tewas 1-4 kepada gergasi dunia Sepanyol.
Walaupun tewas Georgia sempat mengejutkan lawan dengan mendahului perlawanan dalam tempoh 20 minit apabila gol sendiri Robin Le Normand mencetuskan gemuruh di stadium.?? A tournament to be proud of ?#EURO2024 pic.twitter.com/aPxJD0gWyX— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 30, 2024
Motivasi menewaskan Portugal empat hari lebih awal seakan-akan berada di landasan tepat untuk cipta kejutan.
Georgia muncul sebagai pasukan ranking paling rendah mengikut kedudukan FIFA, muncul debut pengalaman kejohanan antarabangsa utama yang pertama- pengurus Willy Sagnol dan pemainnya telah mencipta sensasi dengan setiap lawan yang mereka hadapi.
Iklan
Mereka meninggalkan Jerman dengan rekod satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan, tetapi setiap pasukan yang pernah mereka lawan -- Turki, Czechia, Portugal dan Sepanyol -- sekurang-kurangnya, ditinggalkan dengan pengalaman bermakna.
Walau bagaimana pun, Sepanyol akhirnya membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terbaik, punya rekod ketika mereka bertemu dalam kelayakan pada September, Georgia telah ditewaskan 7-1.
Peminat Georgia gembira untuk mendapatkan tiket di Cologne dan berjuta-juta yang menonton di rumah tidak perlu bersedih walaupun Rodri, Fabián Ruiz, Nico Williams dan Dani Olmo menjaringkan gol yang akhirnya menyingkirkan mereka kerana ini adalah sejarah yang pastinya terpahat dan melekat dalam jiwa mereka.
"Kadang-kadang anda perlu meluangkan masa untuk duduk dan melihat apa yang telah anda lakukan," kata Sagnol.
"Kami boleh duduk dengan aman dan tenang serta sangat gembira dengan kejayaan yang lepas. Evolusi pasukan adalah hebat. Saya sangat berbangga dengan itu dan berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh pemain.
"Ia akan mengambil masa beberapa hari untuk mengingati memori ini. Kami berasa agak sedih kerana kami kalah tetapi saya pasti dalam beberapa hari kami akan menyedari apa yang telah kami lakukan dan kegembiraan akan kembali dengan cepat."
Must-Watch Video