EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan
Julai 6, 2024 09:43 MYT
Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, berkata adalah menjadi satu tindakan yang sia-sia untuk membiarkan Kylian Mbappe yang tampak keletihan untuk 15 minit terakhir masa tambahan ketika bertemu Portugal.
Mbappe dikeluarkan ketika rehat masa tambahan 30 di Hamburg awal pagi tadi dengan kedudukan terikat 0-0.
Ia kekal begitu 15 minit kemudian yang menyaksikan Portugal melepaskan dua peluang keemasan berikutan ketumpulan penyudah Joao Felix dan Nuno Mendes.
Perancis akhirnya melepasi ranjau itu menerusi kemenangan penentuan sepakan penalti 5-3 selepas percubaan Joao Felix terkena tiang.
Mbappe sempat melancarkan lima percubaan tetapi Deschamps percaya adalah satu tindakan yang kurang bijak untuk menangguhkan pertukaran pemain membabitkan bintang berusia 25 tahun itu.
Deschamps berkata: "Dia jelas sekali kepenatan. Terutama bahagian ototnya kerana ia bukan mudah atas segala yang terpaksa ditanggungnya.
60 - France's players have not scored a goal from open play in their last six matches (1 from the penalty spot, 2 from an opponent's own goal), a 1st in the last 60 years. Shootout. #PORFRA pic.twitter.com/3TOqTC5E92
— OptaJean (@OptaJean) July 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya lihat dia bergelut dalam babak pertama masa tambahan. Jadi tiada gunanya lagi dia meneruskan permainan.
"Kylian sentiasa jujur dengan saya dan kumpulan, jadi adalah wajar untuk membawa masuk muka baru."