Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Penyokong patah tangan terkena sepakan penyerang Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fullkrug.jpg
Seorang penyokong Jerman bernasib malang apabila disahkan mengalami kecederaan patah tangan ketika menonton perlawanan pembukaan Euro 2024 diantara pasukan tuan rumah, Jerman, menentang Scotland, minggu lalu.

Kejadian itu terjadi kerana peminat tersebut terkena bola daripada sepakan padu pemain Borussia Dortmund, Niclas Fullkrug, ketika sesi pemanas badan sebelum sepak mula di Stadium Allianz.

Akibat daripada insiden tersebut, dia tidak dapat meneruskan impiannya memberi sokongan terhadap pasukan kebangsaan itu untuk meninggalkan stadium demi mendapatkan bantuan kecemasan daripada pagawai perubatan yang sedang bertugas di situ.
 
Pemain berusia 31 tahun itu memohon maaf mengenai situasi yang tidak diduga itu dan berjanji akan menghantar sebuah hadiah berupa jersi dan pelbagai barangan menarik kepada penyokong tersebut.
 

Advertisement

Must Watch Video