Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Pemain England bermati-matian pertahan Southgate, ikrar Rice

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rice.jpg
England mengelak daripada terkandas awal dalam EURO 2024 selepas Jude Bellingham muncul penyelamat di penghujung perlawanan, lantas Declan Rice berkata skuad The Three Lions akan melakukan apa sahaja untuk melindungi ketua jurulatih, Gareth Southgate.

Gol pembukaan Ivan Schranz dalam separuh masa pertama meletakkan Slovakia di landasan untuk melakar mengejut pusingan 16 sebelum Bellingham menyamakan kedudukan pada minit ke-94 di Gelsenkirchen, awal pagi tadi. 

Tendangan akrobatik pemain Real Madrid itu mengheret permainan ke masa tambahan sebelum Harry Kane menanduk masuk gol kemenangan seawal 50 saat memasuki 30 minit masa tambahan di Arena AufSchalke.

England memenangi empat perlawanan terakhir di pentas EURO setelah dibolosi terlebih dahulu, Rice ingin menegaskan bahawa segala usaha mereka itu didorong oleh keinginan mempertahankan Southgate.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan mewakili England dalam pusingan 16 EURO. Kami melihat ke arah jam dan kami mula terlintas perlu berkemas pulang ,” katanya kepada BBC Sport.






“Perkataan itu semakin terbayang di riak wajah pemain England berbaki seminit permainan lagi tetapi semangat kami masih membara. 

"Kami bersatu padu pada malam ini, kami akan melakukan apa sahaja untuk melindungi pengurus seperti ini. Kami perlu terus berjuang. 

"Adalah menjadi satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada anggota skuadnya -- kami akan terus berjuang untuknya."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video