EURO 2024
Euro 2024: N'Golo Kante kembali disenaraikan Perancis
Perancis mengumumkan kejutan apabila menyenaraikan N'Golo Kante dalam skuad Perancis untuk Euro 2024.
Kante tidak lagi dipanggil untuk mewakili Les Bleus sejak 2022 dan walaupun sudah lama meninggalkan skuad itu, pemain tengah Al Ittihad itu telah dinamakan dalam skuad 26 pemain ketua jurulatih, Didier Deschamps, untuk kejohanan akan datang di Jerman.
Skuad itu akan diketuai oleh Kylian Mbappe yang hangat dikaitkan ke Real Madrid dalam jendela akan datang sementara rakan sepasukan Mbappe di Paris Saint-Germain (PSG), Bradley Barcola, akan membuat kemunculan buat kali pertama.
Iklan
Olivier Giroud, Antoine Griezmann dan William Saliba, turut akan mengikuti rombongan ke Jerman sementera pemain Bayern Munich, Lucas Hernandez terlepas akibat kecederaan.
???? ?’?????????, ?? ?????̀ ?La liste de nos 2️⃣5️⃣ Bleus retenus pour l’Euro ?#BleuCollectif | #EURO2024 pic.twitter.com/mjYTKouPRn— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) May 16, 2024
Antara nama besar yang tercicir ialah Christopher Nkunku (Chelsea) dan Michael Olise (Crystal Palace) yang kedua-duanya tersisih biarpun sudah kembali cergas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Perancis akan mengharungi dua perlawanan persahabatan menentang Luxembourg dan Kanada sebelum memulakan kempen Euro 2024 menentang Austria pada 17 Jun. Perancis juga akan bertemu Belanda dan Poland di peringkat kumpulan tatkala mereka berhasrat untuk merampas kembali kejuaraan Euro selepas tumpas kepada Itali dalam final edisi 2020.
Senarai penuh panggilan skuad Perancis:
Alphonse Areola (West Ham), Mike Maignan (Milan), Brice Samba (Lens); Jonathan Clauss (Marseille), Theo Hernandez (Milan), Ibrahima Konate (Liverpool), Jules Kounde (Barcelona), Ferland Mendy (Madrid), Benjamin Pavard (Inter), William Saliba (Arsenal), Dayot Upamecano (Bayern Munich); Eduardo Camavinga (Madrid), Youssouf Fofana (Monaco), Antoine Griezmann (Atletico), N'Golo Kante (Al Ittihad), Adrien Rabiot (Juventus), Aurelien Tchouameni (Madrid), Warren Zaire-Emery (Paris Saint-Germain); Bradley Barcola (Paris Saint-Germain), Kingsley Coman (Bayern Munich), Ousmane Dembele (Paris Saint-Germain), Olivier Giroud (Milan), Randal Kolo Muani (Paris Saint-Germain), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain), Marcus Thuram (Inter).
Must-Watch Video