Euro 2024: Nama besar tercicir dalam senarai Jerman
Shaiful Shamsudin
Mei 17, 2024 10:11 MYT
Mei 17, 2024 10:11 MYT
Julian Nagelsmann menamakan skuad awal 27 pemain untuk tuan rumah, Jerman, mengharungi Euro 2024.
Kejutan terbesar dalam skuad adalah kemasukan penjaga gol keempat yang menyaksikan pemain gol Stuttgart, Alexander Nubel, menerima panggilan senior pertamanya.
Mats Hummels antara nama besar yang diketepikan biarpun membantu Borussia Dortmund ke final Liga Juara-Juara (UCL), manakala Leon Goretzka daripada Bayern Munich sekali lagi tercicir.
Khidmat Julian Brandt, Niklas Sule dan Karim Adeyemi juga tidak diperlukan sementara Serge Gnabry dan Timo Werner terpaksa diketepikan kerana kecederaan.
Here’s your Germany team for #EURO2024#DFB #GermanFootball #GermanMNT ? Thomas Boecker/DFB pic.twitter.com/ThEbKfqWmV
— germanfootball_dfb (@DFB_Team_EN) May 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas hanya menang sekali daripada empat perlawanan pertamanya, Nagelsmann mengubah nasib mereka pada Mac lalu apabila dihadiahkan kemenangan berturut-turut.
Nico Schlotterbeck yang memenangi 71 peratus daripada terjahannya dalam Bundesliga -- angka tertinggi dalam lima liga besar Eropah musim ini (sekurang-kurangnya 70 terjahan) -- bakal kembali dalam skuad kebangsaan buat kali pertama sejak September tahun lalu.
Aleksandar Pavlovic yang terlepas perlawanan persahabatan pada Mac lalu berikutan kecederaan dipanggil semula memandangkan Bayern mempunyai nisbah kemenangan 83.3 peratus ketika menurunkan Pavlovic, namun menurun 53.3 peratus apabila dia tiada dalam pasukan.
Schlotterbeck, Niclas Fullkrug, Toni Kroos dan Antonio Rudiger kesemuanya akan lebih lewat menyertai skuad itu kerana penglibatan mereka dalam final UCL.
Skuad 26 pemain untuk Euro 2024 perlu dimuktamadkan pada 7 Jun depan, ini bermakna Nagelsmann perlu menggugurkan seorang pemain.
Sebagai tuan rumah kejohanan, Jerman memulakan kempen Euro 2024 menentang Scotland pada 14 Jun.
Senarai panggilan skuad Jerman:
Penjaga gol: Oliver Baumann (Hoffenheim), Manuel Neuer (Bayern Munich), Alexander Nubel (Stuttgart), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona)
Pertahanan: Waldemar Anton (Stuttgart), Benjamin Henrichs (RB Leipzig), Joshua Kimmich (Bayern Munich), Robin Koch (Eintracht Frankfurt), Maximilian Mittelstadt (Stuttgart), David Raum (RB Leipzig), Antonio Rudiger (Real Madrid), Nico Schlotterbeck (Borussia Dortmund), Jonathan Tah (Bayer Leverkusen)
Pemain tengah: Robert Andrich (Bayer Leverkusen), Chris Fuhruch (Stuttgart), Pascal Gross (Brighton), Ilkay Gundogan (Barcelona), Toni Kroos (Real Madrid), Jamal Musiala (Bayern Munich), Aleksandar Pavlovic (Bayern Munich), Leroy Sane (Bayern Munich), Florian Wirtz (Bayer Leverkusen)
Penyerang: Maximilian Beier (Hoffenheim), Niclas Fullkrug (Borussia Dortmund), Kai Havertz (Arsenal), Thomas Muller (Bayern Munich), Denis Undav (Stuttgart)