Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, menganggap pasukannya mempunyai persamaan yang ketara bersama Itali ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk mengejutkan juara Euro edisi lalu itu, malam ini.
Kedua-dua pasukan tersebut memenangi perlawanan pembukaan kumpulan B menentang lawan masing-masing selain ingin mencari tiga mata seterusnya untuk merebut saingan tempat pertama kumpulan maut itu.
"Sebelum datang ke Jerman, mereka juga merombak pasukan dengan membawa masuk pengendali baru dan mempunyai kombinasi pemain muda yang baik seperti kami.
"Apabila saya melihat mereka, ia seakan-akan hampir sama seperti memandang ke cermin pasukan saya sendiri.
"Menjelang pertemuan menentang mereka, saya memberi jaminan bahawa perlawanan tersebut bakal menjadi aksi yang sangat berkualiti kerana masing-masing sedang menunjukkan konsistensi yang matang," katanya.