Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Mbappe berkempen politik ketika perlawanan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penyu.jpg
Pemimpin politik di Perancis, Jordan Bella, mengkritik pemain kebangsaan, Kyllian Mbappe, kerana melontarkan pendapat 'sinis' dalam pilihan raya umum negara itu sebelum perlawanan menentang Austria dalam kejohanan Euro 2024, semalam.

Rakan sepasukannya, Marcus Thuram, turut berkongsi mengenai pendiriannya untuk menggesa rakyat Perancis menolak Jordan Bella daripada memegang tampuk pemerintahan negara itu menjelang pilihan raya yang bakal berlangsung, Julai ini.
 
"Saya menentang pandangan ekstrem dan tidak mahu memecahbelahkan rakyat tempatan. Saya tidak mahu mewakili negara yang mempunyai gagasan seperti itu," kata pemain terbaru Real Madrid itu.

Selepas sidang media pra-perlawanan tersebut, bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu mendapat kritikan daripada pemimpin parti itu yang sangat berang dengannya.  

Advertisement

Must Watch Video