EURO 2024: Masyaallah, Masyaallah - reaksi penyerang Turkiye terhadap gol Arda Guler


Jun 19, 2024 13:07 MYT
Arda Guler menjadi duri dalam daging buat Georgia apabila berjaya menghasilkan gol terbaik dalam debutnya di kejohanan antarabangsa bersama Turki di perlawanan pertama kumpulan I di Signal-Iduna Park pada Selasa
Turki berjaya memimpin perlawanan 2-1 setelah sempat disamakan 1-1 di babak pertama oleh Georgia, sebelum menang 3-1 di minit-minit akhir perlawanan yang dihasilkan Kerem Akturkoglu.
Persembahan berkualiti Guler itu disempurnakan melalui gol cantik dari jarak jauh pada menit ke-65. Mendapat bola di jarak 25 meter, Guler menyepak bola ke arah kanan atas gawang Giorgi Mamardashvili.
Kemenangan ini adalah yang keempat diraih Turki atas Georgia dari enam pertemuan sebelum ini. Manisnya juga Guler dinobatkan sebagai man of the match dalam perlawanan ini.
Kualiti yang dipamerkan oleh Guler itu sudah pasti mengundang keterujaan ramai orang dan tidak terkecuali rakan sepasukannya Kerem Akturkoglu.
"Ini permulaan luar biasa tapi semua masih terlalu awal. Kami tidak pernah menang di perlawanan pertama Euro. Ini kemenangan bersejarah kami. Kami haruslah tetap membumi dan jika kemenangan ini bererti untuk banyak orang, ini akan mempunyai perjuangan mega dan pastinya kami nak teruskan."
"Saya sudah merasakan Guler memang akan mencetak gol tak lama setelah memegang bola. Masyaallah, Masyaallah."

Türk’e durmak yaraşmaz. ❤️??? pic.twitter.com/hd5jW0Ut1N

— Arda Güler (@10ardaguler) June 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
;