Marcel Sabitzer menegaskan dia akan mengetepikan kekecewaannya dalam dalam final Liga Juara-Juara (UCL) apabila bersedia membantu Austria mara ke pusingan 16 EURO 2024.
Pemain tengah Borussia Dortmund itu beraksi penuh dalam kekalahan 0-2 kepada Real Madrid di Wembley, awal bulan ini.
Los Blancos meraih kejayaan ke-15 dalam pertandingan itu hasil jaringan lewat permainan daripada Dani Carvajal dan Vinicius Junior.
Begitupun, Sabitzer memainkan peranan utama ketika Austria bangkit daripada kekalahan kepada Perancis dalam perlawanan pembukaan EURO 2024 dengan menewaskan Poland 3-1, sekali gus masih berpeluang merebut tiket ke peringkat kalah mati.
Austria berdepan Belanda di Berlin, awal pagi Rabu ini, untuk penentuan Kumpulan D dan hanya kemenangan akan menghidupkan peluang mereka.
Keputusan seri atau kalah juga akan meletakkan pasukan bimbingan Ralf Rangnick itu di kedudukan untuk mara sebagai salah satu daripada empat pasukan di tempat ketiga terbaik.
"Terdapat kemungkinan dan saingan benar-benar terbuka," katanya.
"Saya sedar akannya menerusi pengalaman dalam UCL, lebih-lebih lagi musim ini. Sebaik sahaja anda memasuki fasa kalah mati maka apa jua boleh berlaku.
"Perkara paling penting ialah melepasi peringkat kumpulan dan ke pusingan 16, kemudian kita akan lihat apa yang berlaku seterusnya."

Easy Sunday! ??? pic.twitter.com/YDdKdUReOm
— ÖFB - oefb.at (@oefb1904) June 23, 2024