Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, percaya dia sedang bekerjasama dengan barisan pemain terbaik di dunia selepas La Roja menjamin tempat ke kalah pusingan kalah mati Euro 2024 selepas menewaskan Itali.
Sepanyol mungkin telah diundi dalam kumpulan paling sukar EURO 2024, Kumpulan B, tetapi melepasi rintangan mereka dengan membelasah Croatia 3-0 sebelum mengatasi Itali 1-0, awal pagi tadi.
Mereka mengesahkan tempat teratas Kumpulan B dengan berbaki satu perlawanan menerusi jaringan sendiri Riccardo Calafiori yang menghadiahkan mereka kemenangan sewajarnya ke atas juara bertahan itu.
Sepanyol melepaskan 20 percubaan berbanding empat oleh Itali di Gelsenkirchen, dan menikmati 57.2 peratus penguasaan bola.
Ini adalah kali kedua La Roja memulakan kejohanan Eropah dengan memenangi kedua-dua perlawanan pertama selepas menewaskan Czechia 1-0 dan Turkiye 3-0 pada 2016.
Tonggak seperti Nico Williams, Lamine Yamal dan Pedri kesemuanya mempamerkan prestasi memberangsangkan ketika menentang Itali, lantas menerbitkan keyakinan buat De la Fuente bahawa dia sedang mengendalikan skuad paling berbakat dalam EURO.
“Saya fikir kami adalah yang terbaik di dunia daripada segi mentafsir pelbagai situasi perlawanan,” kata De la Fuente dalam sidang media selepas perlawanannya.
“Sudah tentu ia masih perlu dibuktikan menerusi trofi.
"Tetapi saya fikir adalah penting untuk benar-benar menggariskan kualiti generasi pemain ini, pemain yang telah diserap dalam skuad ini.
"Saya fikir pemain Sepanyol adalah yang terbaik di dunia."

?? Spain 1-0 Italy ??
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) June 20, 2024
A one-sided affair, with the reigning champions fortunate in the end to lose by only one goal.
The stats tell the real story ?#EURO2024 #ESPITA pic.twitter.com/Qsybm3aj5x