EURO 2024
EURO 2024: Leroy Sane tekad cipta seperti impak Lamine Yamal-Nico Williams
Leroy Sane berharap mampu mengikut jejak Lamine Yamal dan Nico Williams untuk mencipta impak bagi memacu tuan rumah EURO 2024, Jerman, untuk mengatasi Sepanyol dalam pertembungan suku akhir, Sabtu ini.
Jerman akan menentang La Roja untuk merintis laluan separuh akhir di Stuttgart selepas mengatasi Denmark 2-0 dalam pusingan 16, manakala pasukan bimbingan Luis de la Fuente itu bangkit menewaskan Georgia 4-1.
Sepanyol antara pasukan yang menonjolkan dalam kejohanan setakat ini menerusi impak gandingan sayap muda, Yamal dan Williams.
Iklan
Yamal, 16, membantu menjadi pemain termuda yang beraksi dalam EURO ketika menentang Croatia di peringkat kumpulan selain umpanannya untuk jaringan penyamaan Fabian Ruiz ke atas Georgia meletakkannya sebagai pemain remaja pertama yang mencipta dua bantuan jaringan dalam EURO sejak Cristiano Ronaldo melakukannya pada 2004.
Sementara itu, Williams yang menghasilkan jaringan solo menarik untuk menjadi pemain pertama EURO (sejak 1980) yang menyumbangkan gol, hantaran gol dan menyempurnakan 100 peratus hantarannya (46/46).
Setelah memberi laluan kepada Florian Wirtz dalam kesebelasan utama ketika Jerman bertemu Denmark, pemain Bayern Munich Sane terdesak untuk menandingi rakan-rakan sayapnya.
"Lebih-lebih lagi apabila mereka memenangi penguasaan bola, mereka serta-merta melihat untuk bermain ke hadapan. Mereka kini mempunyai senjata tambahan melalui dua pemain sayap mereka yang sangat pantas," kata Sane mengenai Sepanyol.21 - Most chances created by players aged 21 or under in knockout stage games at the UEFA European Championship (since 1980):6 - Lamine Yamal v Georgia (2024)6 - Cesc Fàbregas v Russia (2008)5 - Pedri v Switzerland (2021)Amigos. pic.twitter.com/1fpyJuKknS— OptaJoe (@OptaJoe) June 30, 2024
"Kami tidak boleh mengubah rekod pertemuan lalu dengan Sepanyol. Matlamat kami adalah untuk ke pusingan seterusnya dan kami akan melakukan segala yang terdaya demi melunaskannya."
Must-Watch Video