Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Lelaki ditembak polis Hamburg selepas serangan menggunakan kapak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

police-of-hamburg-euro.png
Seorang lelaki ditembak polis di kawasan Hamburg, Jerman, yang dipenuhi penyokong bola sepak menjelang perlawanan Euro 2024 di antara Poland dan Belanda ketika ini, susulan serangan ke atas seorang pegawai dengan kapak, menurut pihak polis bandar itu.

Daerah Reeperbahn, yang dipenuhi oleh beribu-ribu penyokong Belanda ketika itu, telah dikosongkan oleh pihak polis selepas seorang pegawai diserang.

Polis rusuhan memasuki kawasan itu dan menembak lelaki yang bertanggungjawab dalam serangan berkenaan. Masih belum diketahui sama ada penyerang itu adalah penyokong bola sepak atau tidak.

Dalam satu kenyataan, Polis Hamburg berkata: "Di St Pauli, pada masa ini terdapat operasi besar pihak polis.

"Berdasarkan penemuan awal, seseorang telah mengugut anggota polis dengan kapak dan penyembur api. Polis kemudian menggunakan senjata api mereka. Penyerang cedera dan kini sedang menerima rawatan."

Kehadiran polis yang ramai kelihatan di Hamburg sebelum perlawanan itu tetapi kedua-dua kumpulan penyokong telah berkumpul secara aman sebelum insiden berkenaan.
 

Advertisement

Must Watch Video