EURO 2024: Kylian Mbappe disaran pakai topeng Ninja Turtle

Shaiful Shamsudin
Jun 18, 2024 11:09 MYT
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe, berseloroh di media sosial dengan menyatakan apakah jenis pelindung muka yang perlu digunakan selepas hidungnya patah.
Mbappe dikejarkan ke hospital di Dusseldorf, Jerman, selepas ketika Perancis membuka kempen EURO 2024 dengan kemenangan 1-0, awal pagi tadi.
Pada mulanya timbul kebimbangan bahawa bintang utama Les Bleus itu memerlukan pembedahan dan berdepan terlepas baki kempen kejohanan itu, tetapi Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Philippe Diallo, mendedahkan kakitangan perubatan pasukan itu memutuskan Mbappe tidak memerlukan pembedahan selepas pemeriksaan lanjutan dijalankan.

Des idées de masques ?? ?

— Kylian Mbappé (@KMbappe) June 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyerang Real Madrid itu meninggalkan hospital pada jam 1 pagi waktu tempatan dan kembali bersama pasukan untuk persediaan bertemu Belanda.
Dalam masa sama, ramai di media sosial yang menyarankan topeng Ninja Turtle paling sesuai untuk pemain yang baru dipancing Real Madrid itu.
#Euro 2024