Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Kecewakan Cristiano Ronaldo jadi agenda Republik Czech

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo.jpg
Portugal disebut-sebut sebagai pencabar serius untuk menjulang trofi EURO 2024 ini dan langkah pertama mereka ialah melepasi halangan peringkat kumpulan yang turut mengandungi Republik Czech, Turkiye dan Georgia.

Daripada memperkecilkan kepentingan berdepan pasukan yang dipacu pemenang lima Ballon d'Or itu, ketua jurulatih, Ivan Hasek, sebaliknya menggunakan sidang media pra-perlawanan untuk mencabar barisan pemainnya supaya melakar kejutan ke atas Portugal, awal pagi esok. 

"Kami mahu mengekang Ronaldo. Lebih-lebih lagi buat pemain kami, mereka akan mengingati kenangan ini sepanjang hidup mereka," kata Hasek.




“Ronaldo merupakan salah seorang pemain terbaik maka mereka bolehlah mengatakan bahawa mereka pernah menghadapinya dan mungkin mereka akan beroleh kemenangan. 

"Selepas perlawanan, saya tidak mahu kami sekadar tidak mengatakan bahawa kami menentangnya, bahkan kami mengalahkannya."


 

Advertisement

Must Watch Video