EURO 2024
EURO 2024: Kawalan Giorgi Mamardashvili sama padu dengan Hassan Sunny?
Ciapan mahupun tanda pagar #KeeperKatMana kembali menghujani beberapa ruang komen di media sosial yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia.
Hal ini kerana dengan persembahan penjaga gawang Georgia, Giorgi Mamardashvili tampak sama dengan skrip yang dilaui oleh penjaga gawang berpengalaman Singapura, Hassan Sunny yang gagal pulang ke gawang sendiri setelah pemain lawan melakukan serangan balas pada minit akhir perlawanan.
Untuk rekod, 10 tahun lepas situasi sama dilalui oleh Singapura usai kekalahan kontroversi 1-3 kepada Malaysia dalam Piala AFF Suzuki.
?? Goal-saving block. A full-pitch sprint to score.
Türkiye refused to give up the 3 points ?#LastMinuteMoments | @Hublot pic.twitter.com/yuR61sAWDl
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 18, 2024
Gol ketiga Malaysia, yang terhasil selepas penjaga gol Lions, Hassan Sunny meluru masuk ke dalam kotak penalti lawan untuk tendangan sudut (sehingga menyebabkan golnya terdedah) - dan membenarkan penyerang Indra Putra mengarahkan bola ke gawang kosong - telah menyediakan peluru yang mencukupi untuk netizen. untuk melahirkan hashtag baharu di media sosial ketika itu.
#KeeperKatMana, yang diterjemahkan secara kasar kepada "Di mana penjaga kamu?", adalah ejekan terbaru untuk mengejek pasukan Singapura dan peminat mereka.
Situasi ini tampak sama dilalui oleh Giorgi pada minit akhir perlawanan apabila usahanya untuk bantu pasukan samakan kedudukan gagal dilakukan dalam kotak penalti sekaligus dihukum oleh Muhammed Kerem Aktürkoğlu pada minit ke-97 melengkapkan kekalahan Georgia juga dengan keputusan 1-3.