Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Jude Bellingham pemain terbaik dunia -- Iker Casillas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jude_1.jpg
Bekas penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas, mempercayai Jude Bellingham mempunyai semua kriteria yang diperlukan sebagai seorang kapten Real Madrid pada masa depan selepas mengarungi musim sulungnya yang cemerlang dalam saingan La Liga.

Pemain berusia 20 tahun itu merupakan tonggak penting dalam skuad Gareth Southgate di EURO 2024 selepas menjaringkan gol kemenangan England menewaskan Serbia 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan C, Ahad lalu.


 

"Sekarang, tahun depan dan lebih banyak pertanyaan mengenai dia,  tetapi itulah yang menjadikan dia seorang bintang.

"Mari kita lihat sama ada dia mampu menyatukan corak permainan ini. Dia merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia.

"Semestinya dia boleh menjadi kapten Real Madrid, sudah tentu. Dia mempunyai segala-galanya untuk memegang peranan itu.

"Dia bermain untuk England, yang sangat kuat dan berjaya (melangkah ke peringkat akhir) dalam kejohanan yang sukar pada tiga tahun lalu. Dia mempunyai apa yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dalam saingan EURO." katanya.

Advertisement

Must Watch Video