Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Jude Bellingham antara pemain terbaik dalam sejarah England -- Harry Kane

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bellingham.jpg
Harry Kane memuji wira England, Jude Bellingham, sebagai "salah seorang yang terbaik dalam sejarah negara itu" selepas penyudah menakjubkannya berhasil membawa skuad The Three Lions melepasi rintangan Slovakia.

Bellingham meledak gol selepas 94 minit dalam pertembungan pusingan 16 EURO 2024 di Gelsenkirchen, awal pagi tadi, itu untuk menyamakan kedudukan 1-1 bagi memadam gol pembukaan babak pertama Ivan Schranz.

Tandukan Kane kemudian melepasi jangkauan Martin Dubrvaka hanya 50 saat memasuki masa tambahan untuk membawa skuad kendalian Gareth Southgate itu menempah pertemuan dengan dengan Switzerland, tengah malam Ahad depan.

Justeru, kapten England itu menghamburkan pujian terhadap bintang Real Madrid tersebut.




"Kami meneliti banyak aspek sepanjang minggu ini, kami melakukan latihan lontaran jauh pada beberapa hari lalu kerana menganggap mungkin memerlukannya," kata penyerang itu kepada ITV selepas kemenangan 2-1 di Arena AufSchalke.

“Jelas sekali Jude telah membuktikan keupayaannya. Dia menghasilkan satu gol yang sukar dipercayai dan dia memastikan kami kekal dalam kejohanan.

"Dia salah seorang pemain terbaik dalam sejarah negara. Dia bekerja keras untuk pasukan dan terdapat banyak perbincangan mengenainya beberapa hari lalu dan dia telah membuktikan kemampuannya. 

"Dia menyerlah dalam detik-detik penting dan itulah yang kami perlukan, kami memerlukan semua orang untuk meningkat dalam beberapa saat dan dia telah melakukannya hari ini.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video