Joao Cancelo ingin memacu Portugal menjulang mahkota Kejuaraan Eropah kedua mereka dalam penampilan pertamanya dalam kejohanan itu.
Pemain berusia 30 tahun itu yang menghabiskan musim 2023-24 secara pinjaman bersama Bayern Munich dan Barcelona terlepas kempen EURO 2020 selepas disahkan positif COVID-19.
Cancelo kemudian digantikan oleh Diogo Dalot sebelum dia meraih peluang pertamanya bersama Selecao menerusi Piala Dunia di Qatar, dua tahun lalu.
Portugal memulakan kempen kumpulan mereka di Leipzig menentang Republik Czech, awal pagi Rabu ini dan di Jerman kali ini, pertahanan itu sedang mencari peluang untuk menebus kekecewaannya.
“Nasib saya seperti tidak adil memandangkan saya mengharungi musim yang hebat, saya sepatutnya berada di sana tetapi kehidupan tidak mengizinkannya,” katanya.
"Mungkin saya perlu menunggu saat seperti ini untuk bersedia membuktikan kemampuan.
“Tidak kira berapa banyak kelab saya wakili, pasukan kebangsaan adalah kemuncak dalam karier saya kerana di dalamnya saya mewakili keluarga saya, rakan-rakan saya yang bermain bersama saya di jalanan,” tambahnya.
"Ia sentiasa menjadi kemuncak, sama ada dalam perlawanan persahabatan atau dalam kejohanan utama."

Passo a passo. ??? #PartilhaAPaixão pic.twitter.com/FWTXGM3Yqf
— Portugal (@selecaoportugal) June 16, 2024