EURO 2024
EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final
ENGLAND 2-1 BELANDA
Skuad The Three Lions berjaya melangkah pusingan akhir EURO 2024 selepas menwaskan Belanda 2-1 di Stadium Signal Iduna Park, sebentar tadi.
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons seawal minit ke-7 dan Harry Kane melalui sepakan penalti pada minit ke-18.
Iklan
Kedua-dua pasukan mendapat peluang terbaik untuk menambah jaringan dalam separuh masa kedua tetapi penyudah yang tumpul yang dihadapan gawang menyukarkan jaringan terhasil.Spain ? EnglandBerlin. Sunday.#EURO2024 pic.twitter.com/f1NqmQfOpO— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 10, 2024
Bukayo Saka berpeluang menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80 hasil hantaran cantik Kyle Walker begitupun selepas pengadil melihat VAR ternyata Walker berada dalam kedudukan ofsaid.
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 10, 2024
Jaringan minit akhir pemain gentian Ollie Watkins hasil gerakan Cole Palmer memastikan skuad The Three Lions melangkah ke pusingan akhir EURO 2024.
Anak buah Gareth Southgate akan berdepan cabaran Sepanyol dalam saingan peringkat akhir EURO 2024, Ahad nanti.
Must-Watch Video