Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Itali tidak menyerah kalah, Albania hampir cipta kejutan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

euro.jpg
ITALI 2 ALBANIA 1

Juara Euro 2020, Itali berhasil mendapatkan tiga mata penuh untuk memberikan saingan buat juara Piala Dunia 2010, Sepanyol dalam perlawanan kumpulan B Euro 2024, sebentar tadi.


Meskipun menentang pasukan bukan pilihan, skuad kendalian Luciano Spalletti dibolosi seawal 40 saat permainan oleh Albania pada separuh masa pertama.

Keghairahan serangan skuad Itali akhirnya membuahkan hasil apabila pertahanan,  Alessandro Bastoni, dan pemain Inter Milan, Nicolo Barella, memberikan gol kemenangan selepas bangkit mendahului kedudukan aksi tersebut di hadapan ribuan peminat sendiri.

Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat menandakan Albania terpaksa akur dengan kemampuan pasukan Itali menandingi cabaran yang diberikan.

Advertisement

Must Watch Video