EURO 2024: Itali kena lebih agresif depan gawang -- Spalleti

Shaiful Shamsudin
Jun 15, 2024 06:45 MYT
Luciano Spalletti memberi amaran kepada Itali bahawa mereka harus lebih cenderung untuk menyerang biarpun merakamkan menang 2-1 ke atas Albania dalam kemenangan EURO 2024, sebentar tadi.
Itali memenangi perlawanan pembukaan Kejohanan Eropah itu buat kali ketiga berturut-turut (juga dalam edisi 2016 dan 2020) selepas sekadar dua kali melakukannya dalam lapan kempen terdahulu.
Bagaimanapun, jelas pasukan Azzurri memerlukan elemen yang lebih berbisa selepas terpaksa bangkit memadam jaringan Nedim Bajrami selepas hanya 23 saat usia permainan untuk rekod jaringan terpantas dalam temasya itu.
Namun, Alessandro Bastoni menyamakan kedudukan tidak lama kemudian sebelum gol antarabangsa ke-10 Nicolo Barella menjadi pemisah kepada Itali untuk membayangi Sepanyol di puncak Kumpulan B.
Apa pun, Spalletti tetap tidak begitu kagum dengan sebahagian daripada corak permainan Itali walaupun Azzurri menjadi pasukan ketiga yang menemui sentuhan penyudah dalam 10 perlawanan Euro berturut-turut selepas England (11) dan Portugal melakukannya pada 2012 dan Portugal (10) pada 2004.
"Kami melihat banyak aspek yang bagus tetapi mereka sebenarnya perlu memacu kami ke suatu tempat, jika tidak, ia tidak berguna," kata ketua jurulatih Itali itu kepada RAI Sport.

Off to a ?????? start ?#ITAALB #EURO2024 #Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/b3nD3PfJh6

— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) June 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami beroleh beberapa berpeluang untuk menghukum pasukan lawan dan kami gagal menterjemahkannya.
"Kami mengatur pergerakan dengan baik tetapi akhirnya memilih untuk membuat hantaran ke belakang. Kami menukar fikiran terlalu cepat."
#Euro 2024
;