Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Hidung Mbappe patah, bakal terlepas aksi seterusnya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penyu.jpg
Kem kebangsaan Perancis melahirkan kerisauan buat keseluruhan pasukan apabila tonggak penting mereka, Kyllian Mbappe, mengalami kecederaan sehingga terpaksa dikeluarkan oleh ketua jurulatih, Didier Deschamps.

Aksi babak mengerikan itu terjadi susulan tandukannya terkena bahu salah seorang pertahanan Austria ketika minit akhir permainan menyebabkan pemain terbaru Real Madrid itu digantikan dengan pemain senior, Olivier Giroud.
 
Akibat daripada pelanggaran tersebut, Mbappe meronta kesakitan selepas disedari oleh penjaga gol Austria yang kemudiannya dirawat oleh pakar perubatan Perancis selain bajunya telah dipenuhi dengan kesan darah yang mengalir dari hidungnya.

Perlawanan kedua kumpulan D itu menyaksikan juara Piala Dunia 2018 itu sekadar mencatat kemenangan tipis meskipun menerima asakan bertubi-tubi dari Austria. 

Advertisement

Must Watch Video