Harry Kane bagaikan tidak percaya dengan keupayaan Jude Bellingham selepas gol awal bintang Real Madrid itu mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Serbia dalam EURO 2024.
Bellingham membuka tirai jaringan apabila menanduk masuk hantaran lintang Bukayo Saka untuk menjadi pemain pertama skuad The Three Lions dalam Piala Dunia dan EURO ketika beraksi di luar England.
Pemain tengah itu juga menjadi pemain kedua yang mencetak jaringan Piala Dunia dan EURO sebelum berusia 21 tahun, selepas rakan senegara Michael Owen, yang melakukannya pada Piala Dunia 1998 dan EURO 2000.
Dengan tekanan tinggi perlu digalas anak muda itu, Kane -- yang memegang rekod penampilan terbanyak bersama England dalam kejohanan utama -- tidak mempunyai apa-apa selain pujian untuk ditujukan kepada rakan sepasukannya tersebut.
Kane memberitahu BBC Sport: "Dia seorang pemain yang sukar dipercayai. "Pada masa ini dia memang layak terima segala pujian.
“Cara dia bermain dan keyakinannya selain gerakannya yang mempengaruhi permainan.
"Adalah penting bagi mereka yang bermain dalam posisi itu untuk mendapatkan gol serta mencipta peluang dan itulah yang dilakukannya. Ia adalah satu gerakan menarik menyusup ke dalam kotak penalti dan dia menyudahkannya dengan baik."

Our #EURO2024 campaign is off to a winning start! ? pic.twitter.com/mmtWXJi2q9
— England (@England) June 16, 2024