Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England

Saufi Tahir
Mei 21, 2024 11:53 MYT
​Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan belakang badannya.
Kapten England itu terlepas dua perlawanan terakhir Bundesliga musim ini selepas beraksi pada penghujung separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) menentang Real Madrid, tempoh hari.
Thomas Tuchel mengesahkan sebelum perlawanan terakhir mereka ketika menentang Hoffenheim bahawa Kane telah kembali ke England untuk menjalani rawatan.

A massive thanks to our fans who have made me and my family feel so welcome and at home this season. Was great to spend a nice moment with the family on the pitch and thank our incredible home fans after a good win. We’ll look to finish on a high note next weekend. ? #MiaSanMia pic.twitter.com/q5m4LJTTHa

— Harry Kane (@HKane) May 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Di Madrid, ia adalah sempadan. Kami mencuba memberikan suntikan dan rawatan. Bahagian belakang telah ditutupi sepenuhnya.
"Ia telah menjadi lebih buruk dan terus berlaku dalam pergerakan kecilnya setiap hari. Tiada peluang untuk dia berlatih.
Kane menjaringkan 36 gol liga dalam kempen sulungnya bersama Bayern.
Pengumuman terakhir 26 pemain Gareth Southgate akan diumumkan pada 7 Jun menjelang pembukaan kejohanan menentang Serbia pada 16 Jun nanti.
#Harry Kane #Euro 2024 #bola sepal