Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Granit Xhaka seru Switzerland patut bangga ikat Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xhaka.jpg
Granit Xhaka berkata cara Jerman menyambut jaringan lewat permainan awal pagi tadi bermaksud Switzerland patut berbangga dengan prestasi yang ditonjolkan dalam perebutan kedudukan teratas Kumpulan D, EURO 2024.

Gol antarabangsa pertama Dan Ndoye meletakkan Switzerland di landasan kemenangan sebelum Niclas Fullkrug menyamakan kedudukan pada minit ke-92 di Frankfurt.

Campur tangan lewat daripada pemain gantian Jerman itu memastikan tuan rumah mengukuhkan tempat teratas Switzerland turut mara ke pusingan 16 selaku naib juara kumpulan.

Xhaka percaya pasukannya akan beroleh keyakinan daripada persembahan itu memandangkan skuad kendalian Julian Nagelsmann itu adakalanya juga bergelut dan hampir tewas.

“Saya fikir apabila anda melihat cara Jerman meraikan gol mereka, kami patut berbangga dengan diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu. 
 
“Bukan mudah untuk menentang pasukan seperti itu.

“Namun, gol penyamaan lewat memang menyakitkan. Kami berpesan kepada diri sendiri bahawa kami ada cabaran tersendiri. Ia bermula hari ini.

"Sudah tentu, anda juga perlu memuji pihak lawan. Tetapi apa yang paling penting, kami perlu berbangga dengan diri sendiri.

"Semua orang berjuang untuk satu sama lain dan berlari untuk satu sama lain. Kami sering berkata bahawa ia harus menjadi hari yang sangat baik untuk menang. Kami perlu mendesak untuk mencapai batasan diri untuk kami mengalahkan sesiapa sahaja."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video