Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Gareth Southgate tak lut kritikan luar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

southgate.jpg
Gareth Southgate mengakui dia sendiri merupakan "pengkritik terbesarnya" selepas prestasi England dalam EURO 2024 setakat ini mengundang resah peminatnya. 

The Three Lions merakam kemenangan 1-0 ke atas Serbia dalam perlawanan pembukaan sebelum terikat 1-1 dengan Denmark.

Bagaimanapun, tahap persembahan mereka dalam kejohanan itu setakat ini dikritik peminat dan pemerhati bola sepak memandangkan England bergelut untuk mempamerkan rentak terbaik.

Harry Kane dan Jarrod Bowen telah pun beberapa kali menjawab persoalan itu, tetapi Southgate tetap tenang sambil berkata dia lebih mudah untuk mengabaikannya menjelang pertemuan dengan Slovenia, awal pagi esok. 

"Saya tidak menyedari kritikan daripada pemerhati bola sepak," kata Southgate. 

“Ia tidak penting bagi saya. Apa yang penting bagi saya ialah membimbing kumpulan pemain ini mengharungi kejohanan.

 

"Kami adalah pasukan berprofil tinggi yang menggalas tanggungjawab besar dan saya sangat selesa untuk menanganinya.

"Saya tidak perlu terlibat dalam aspek luar padang, saya sendiri merupakan pengkritik terbesar. Begitu juga pemain. Tiada apa yang boleh dikutip daripada kritikan-kritikan tersebut. 

"Kami sangat jujur ​​tentang perkara yang perlu kami lakukan dengan lebih baik -- itulah cara saya melatih pasukan dan cara kami bertambah baik." 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video