Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Gareth Southgate kagum semangat perpaduan tinggi kem England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

southgate.jpg
Gareth Southgate memuji sikap perpaduan dan semangat yang ditunjukkan oleh England sambil mengakui keperluan untuk memperbaiki prestasi mereka menjelang pertemuan suku akhir EURO 2024 dengan Switzerland.

The Three Lions dianggap sebagai salah sebuah pasukan kegemaran sebelum sepak mula kempen di Jerman itu, tetapi telah menghasilkan persembahan yang kurang memberangsangkan dalam empat perlawanan setakat ini.

England mendahului Kumpulan B walaupun hanya menang sekali daripada tiga perlawanan terbabit dan hanya beberapa saat sahaja lagi hampir disingkirkan Slovakia di peringkat 16 sebelum jaringan akrobatik Jude Bellingham menyelamatkan mereka.

Harry Kane kemudian melengkapkan kemenangan mereka pada awal masa tambahan untuk menawarkan kelegeraan buat pasukan Southgat.

Namun, ketua jurulatih England itu menegaskan kebangkitan lewat pemainnya ketika membenam Slovakia akan memberikan mereka momentum untuk berhitung dengan Switzerland di Dusseldorf, tengah malam Ahad ini. 

 
“Tiada keraguan lagi bahawa seluruh kumpulan saling mempercayai,” kata Southgate.

“Kami tahu kami sepatutnya beraksi lebih baik tetapi kami mempunyai ramai pemain muda di posisi penting dan cuba menyelesaikan masalah ini dengan tepat sepanjang empat minggu ini.

"Tetapi yang menonjol ialah cara pemain menanganinya. Kebersamaan mereka, semangat mereka."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video