EURO 2024

EURO 2024: England akhiri persiapan dengan kekalahan di tangan Iceland

Ammar Hakim 07/06/2024 | 23:35 MYT
Persiapan Euro 2024 England berakhir dengan kekecewaan apabila skuad bimbingan Gareth Southgate mempamerkan aksi longlai apabila tewas 1-0 kepada Iceland di Stadium Wembley.
Ketiadaan Jude Bellingham yang diketepikan, Southgate memilih kesebelasan utama terbaik namun menyaksikan pasukannya berhempas-pulas mencari jalan untuk menghasilkan peluang susulan jaringan awal Jon Thorsteinsson terbukti memisahkan kedua-dua pasukan.
England bermula perlahan ketika Iceland memilih untuk bertahan, yang ketinggalan seawal minit ke-11, rembatan rendah Thorsteinsson berjaya menewaskan Aaron Ramsdale.
The Three Lions terlepas dua percubaan terhidang untuk menyamakan kedudukan sebelum separuh masa, dengan Cole Palmer serta Harry Kane mensia-siakan peluang untuk menghasil jaringan.
Stones digantikan Ezri Konsa pada separuh masa sebagai langkah berjaga-jaga selepas pemain Manchester City mengalami kecederaan. England seharusnya sudah ketinggalan 2-0 ketika perlawanan melewati tempoh 60 minit, Thorsteinsson gagal menyempurkan jaringan.
Pemain gantian, Ivan Toney terlepas peluang terbaik England apabila dia menanduk hantaran lintang Trent Alexander-Arnold.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas tamat perlawanan, seluruh penyokong England ternyata tidak berpuas hati dengan persembahan pasukan dan mengharapkan aksi yang lebih minggu hadapan bertemu Serbia.
#England #Gareth Southgate #Iceland #Jude Bellingham #Euro 2024
;