Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Dianggap obesiti, Martin Adam sedia gempur Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

martin-adam.jpg
Penyerang Hungary, Martin Adam, mencuri tumpuan ramai dengan fizikalnya yang dikatakan seperti obesiti dan tidak layak beraksi dalam skuad Hungary di saingan EURO 2024.

Pemain Ulsan Hyundai itu mempunyai berat sekitar 86 kilogram beraksi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A berdepan Switzerland di Stadium Cologne minggu lalu.


 

Dia dijangkakan bakal diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Marco Rossi, sekali lagi bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan dalam aksi kedua Kumpulan A berdepan Jerman, awal pagi nanti.

"Saya membaca apa yang mereka tulis kepada saya di media sosial dan kadangkala saya hanya ketawa.

"Saya dilahirkan begini, dengan tubuh seperti ini. Saya tidak besar seperti ini ketika saya dilahirkan, tetapi saya mempunyai fizikal dan genetik seperti ini dan saya tidak boleh mengubahnya.

"Meme? Semestinya saya ada melihat satu dan dua tetapi kebiasaannya saya hanya ketawakan mereka sahaja." katanya.

Advertisement

Must Watch Video