Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Detik ajaib Xherdan Shaqiri mampu pacu Switzerland  ​

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shaqiri.jpg
Tafsiran ketua jurulatih Switzerland, Murat Yakin, sebelum ini bahawa Xherdan Shaqiri sebagai "pemain istimewa untuk detik-detik istimewa" ternyata benar. 

Shaqiri memanfaatkan kesilapan Scotland untuk menjaringkan gol memukau untuk mengimbangi kedudukan 1-1 dalam perlawanan kedua kempen EURO 2024 mereka untuk meletakkan Switzerland di ambang kelayakan ke peringkat kalah mati.

Justeru, Yakin memuji tunjang pasukan itu yang kini telah mencetak gol dalam enam kejohanan utama sejak Piala Dunia 2014.

"Dia jelas hidup dan bernafas untuk saat-saat seperti ini," kata Yakin kepada pemberita. 

“Dia telah berkali-kali memperlihatkannya saban tahun, dia benar-benar layak meledak gol ajaib seperti itu.

 

"Ia adalah rembatan klinikal yang luar biasa. Dan itulah satu-satunya perkara yang anda boleh lakukan dalam situasi itu kerana sebaik dia memintas bola, dia mempunyai dua pemain lawan yang akan menutupnya, jadi dia melepaskan tendangan dalam masa yang tepat.

"Kami masih mempunyai satu perlawanan lagi, ia masih terbuka. Kami akan melakukan segala-galanya untuk layak, kami mahu melolosi peringkat kumpulan.

"Dalam dua perlawanan awal ini, kami telah membuktikan bahawa kami sudah bersedia untuk berjuang. 

"Kami masih belum menyempurnakan tugas ini tetapi kami telah mengorak langkah besar ke hadapan, ke arah fasa kalah mati."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video