Christian Eriksen mengakui tiada apa yang lebih mustahak buat Denmark selain perlu bersedia untuk perhitungan dengan tuan rumah, Jerman, dalam pusingan 16 EURO 2024.
Skuad kendalian Kasper Hjulmand itu yang mara ke separuh akhir edisi terakhir yang lalu layak ke pusingan kalah mati EURO berturut-turut buat julung kalinya setelah menamatkan saingan Kumpulan C di belakang England.
Eriksen pula memainkan peranan penting untuk memacu rekod cemerlang Denmark dalam tiga perlawanan pembukaan.
Pemain tengah Manchester United itu menyumbat satu gol ketika menentang Slovenia dan menjadi pemain Denmark pertama yang mencipta lebih 10 percubaan tepat selain 13 peluang terhidang dalam sesebuah edisi kejohanan besar.
Begitupun, rekod Denmark sepanjang lima pertemuan tuan rumah tidak begitu indah sekalipun mempunyai kenangan indah ke atas Jerman dalam final 1992.
"Saya sangat menantikannya," kata Eriksen.
“Untuk menempuhi perlawanan kalah mati menentang Jerman yang bermain di tempat sendiri -- tiada perlawanan yang lebih besar daripada ini.
"Ramai orang seolah-olah berfikir bahawa kami sudah pun tertewas, disebabkan itu maka kami boleh bermain bebas dan menghasilkan persembahan terbaik. Saya tidak sabar-sabar lagi mahu membuktikan bahawa kami mampu bersaing dengan pasukan terbaik kejohanan ini.
"Saya percaya kami berupaya menewaskan Jerman tetapi banyak perkara perlu menjadi sempurna."

The round of 16 ?#EURO2024 pic.twitter.com/IUur3dnj0m
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 26, 2024