Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Denmark jumpa Jerman dalam pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

denmark.jpg
DENMARK 0 SERBIA 0

Denmark layak ke pusingan 16 Euro 2024 selepas terikat tanpa jaringan dengan Serbia dalam aksi terakhir Kumpulan C di Arena Allianz awal pagi tadi.

Menyedari kemenangan dalam perlawanan terakhir itu boleh meletakkan mereka sebagai juara kumpulan, pasukan bimbingan Kasper Hjolmund itu, bagaimanapun, terpaksa akur menamatkan pusingan awal berkenaan selaku pasukan kedua terbaik, sekali gus perlu mencongak perhitungan dengan skuad tuan rumah, Jerman, dalam pusingan kalah mati hujung minggu ini.

Serbia, dalam pada itu, perlu memenangi aksi itu untuk menghidupkan peluang mereka tetapi dengan jaguh tenis, Nocak Djokovic, menyaksikan perjuangan negara mereka dari tempat duduk penyokong, pasukan bimbingan Dragan Stojkovic berkenaan gagal melakukannya.

Mereka memiliki beberapa peluang, antaranya menerusi jaringan Luka Jovic yang dibatalkan dan peluang Aleksandar Mitrovic yang tersasar.

Menariknya, Denmark layak ke pusingan kalah mati tanpa memenangi sebarang perlawanan peringkat kumpulan, di mana mereka seri dalam ketiga-tiganya.

Sementara itu, England, yang turut terikat tanpa jaringan dengan Slovenia dalam satu lagi perlawanan, muncul juara Kumpulan C.
 

Advertisement

Must Watch Video