Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Belgium enggan salahkan Romelu Lukaku punca tewas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lukaku_1.jpg
Domenico Tedesco enggan menuding jari kepada mana-mana prestasi individu ketika Belgium tewas tipis 0-1 kepada Slovakia, sementara Romelu Lukaku terlepas deretan peluang sepanjang perlawanan EURO 2024 di Frankfurt Arena, awal pagi tadi. 

Penyudah Ivan Schranz pada minit ke-7 menjadi pemisah tunggal untuk Slovakia mengejutkan pasukan ketiga terbaik dunia itu dalam pembukaan kejohanan mereka.

Penyerang Belgium, Lukaku, mempamerkan sentuhan hambar dengan melepaskan dua peluang keemasn dalam separuh masa pertama sebelum menyaksikan dua golnya dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) ketika pasukan asuhan Tedesco itu memburu gol penyamaan lewat permainan.

Namun, Tedesco yang mengalami kekalahan pertamanya dalam 15 perlawanan sejak menggantikan Roberto Martinez sebagai ketua jurulatih Belgium, enggan menyalahkan mana-mana pemain apabila membincangkan kekecewaan Belgium itu. 

"Bagi saya, ia sangat menyakitkan," kata Tedesco. 

 

"Saya tidak mahu menuding jari kepada orang. Sudah tentu banyak yang akan kami bincangkan tetapi kami akan melakukannya secara dalaman dan bukannya melalui media.

"Saya tahu lambat-laun kami pasti akan tumpas tetapi malangnya ia berlaku pada hari ini. Sejujurnya, tidak banyak yang boleh saya katakan kepada pasukan ini untuk memperbaiki prestasi. 

"Kami mencipta banyak peluang, peluang terhidang. Sudah tentu jika kami memanfaatkan satu daripadanya, maka ia akan menjadikan permainan ini lebih mudah."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video