Skuad awal 30 pemain itu disahkan dengan kumpulan pemain itu akan dikurangkan kepada 26 orang menjelang kejohanan tersebut yang bermula pada 14 Jun.
Skuad Oranje telah diundi dalam Kumpulan D di samping Perancis, Austria dan Poland, manakala Koeman agak mengejutkan tidak menyenaraikan penyerang Bologna, Zirkzee, yang telah menjaringkan 12 gol musim ini dan menjadi nadi pasukannya layak ke Liga Juara-Juara (UCL).
Koeman sebaliknya lebih gemar menggunakan Wout Weghorst yang lebih berpengalaman bersama-sama Memphis Depay dan Brian Brobbey.
De Jong, bagaimanapun, tetap menjadi pertaruhan walaupun tidak beraksi untuk Barcelona hampir sebulan gara-gara masalah buku lali.
Ryan Gravenberch pula dipanggil semula selepas setahun untuk menyertai rakan sepasukan di Liverpool, Virgil van Dijk dan Cody Gakpo.
? One month before our first game, here's our ??????????? ????? for @EURO2024! ??#NothingLikeOranje #CreateHistory pic.twitter.com/484HIAQVV2
— OnsOranje (@OnsOranje) May 16, 2024
Micky van de Ven, yang mempamerkan aksi mengagumkan buat Tottenham musim ini juga telah dipilih, begitu juga dengan pertahanan sayap, Jeremie Frimpong, yang dalam prestasi sensasi untuk juara Bundesliga, Bayer Leverkusen.
Khidmat pemain Arsenal, Jurrien Timber, yang mengalami kecederaan serius sejak Ogos tahun lalu tidak dipandang.
Bekas pemain tengah Liverpool dan Paris Saint-Germain yang kini bermain di Arab Saudi, Georginio Wijnaldum, masih mendapatkan kepercayaan untuk mewakili Belanda.