EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Saufi Tahir
Julai 6, 2024 04:59 MYT
Julai 6, 2024 04:59 MYT
BELANDA 2-1 TURKIYE
Belanda berjaya bangkit dengan kemenangan 2-1 untuk melangkah ke pusingan separuh akhir EURO 2024 di Olympiastadion, Berlin, sebentar tadi
Belanda ketinggalan 0-1 dalam separuh masa pertama apabila tandukan Samet Akaydin menewaskan Bart Verbruggen dan meletakkan Turkiye mempunyai kelebihan di hadapan dengan satu jaringan.
Anak buah Ronald Koeman lebih banyak mengatur serangan dalam separuh masa kedua dan mendapat beberapa peluang terbaik tetapi sukar menembusi benteng pertahanan Turkiye yang berdisiplin ketika bertahan.
????-?????????! ❤️? #NothingLikeOranje #NEDTUR pic.twitter.com/7roUTKq2mU
— OnsOranje (@OnsOranje) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Arda Guler hampir menggandakan jaringan pada minit ke-53 melalui sepakan percuma daripada luar kotak penalti tetapi palang gol menjadi penghalang buat Turkiye selesa di depan.
Dalam pada itu, gerakan Belanda yang bermula daripada sepakan penjuru memastikan jaringan penyamaan terhasil selepas Stefan De Vrij menanduk bola masuk pada minit ke-70 untuk jaringan penyamaan.
Usaha keras Belanda pada minit ke-76 terbalas selepas hantaran yang mengelirukan Denzel Dumfries berjaya menghukum Turkiye mengakibatkan Mert Muldur tertampan masuk bola ke gawang sendiri untuk Belanda di depan 2-1 buat pertama kali.
? Netherlands digging deep ?#EURO2024 | #NEDTUR pic.twitter.com/kd6StfG30J
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan 2-1 kekal hingga pengadil perlawanan dari Perancis, Clement Turpin, meniupkan wisel penamat sekaligus mengesahkan kemenangan Belanda sebagai pasukan terakhir layak ke peringkat seterusnya.
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.