Perancis sedang mempersiapkan pasukan menjelang pembukaan kempen Euro 2024 menentang Austria awal pagi Selasa ini dan barisan pemain Les Bleus tidak sabar untuk meraikan kepulangan N'Golo Kante di pentas antarabangsa.
Bekas pemain Chelsea itu mengalami kecederaan hamstring sebelum menjalani pembedahan sambil perpindahannya ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad, menyaksikan Kante digugurkan oleh Didier Deschamps.
Pemain tengah bertubuh kecil itu tidak pernah melakukan penampilan antarabangsa sepanjang dua tahun lalu tetapi kembali menyarung jersi Les Bleus bagi kejohanan di Jerman berkenaan.
Dengan memiliki pengalaman bertahun-tahun sebagai pemenang trofi, rakan sepasukannya di Perancis kagum dengan aksi pemain berusia 33 tahun itu dalam perlawanan pemanas badan menentang Luxembourg dan Canada.
"Saya terlihat dia seperti ada tiga orang," gurau penggempur Perancis, Marcus Thurman dalam sidang media.
"Tiada lagi waktu bermain dalam latihan. Sebaik sahaja dia ada dalam pasukan ini, kami menang.
"Dia mengingatkan kami kenapa dia antara pemain tengah terbaik di Eropah."
Olivier Giroud turut melaungkan sentimen sama ketika memuji pemenang dua kali liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
"Dia tidak pernah berubah. Dia masih pemain sama seperti yang saya kenal bertahun-tahun dalam skuad kebangsaan dan di Chelsea.
"Amat hebat untuk memilikinya kembali," katanya.