Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Austria singkirkan cabaran Poland, kecewakan Lewandowski

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

truia.jpg
Austria memastikan peluang ke peringkat kalah mati terus terbuka selepas menewaskan Poland 3-1 di Arena Olympiastadion, Berlin sebentar tadi. 

45 minit pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan jaringan penyamaan Krzysztof Piątek menghidupkan kembali pelaung mara ke peringkat seterusnya selepas Gernot Trautner meletakkan Austria dihadapan.


 

Separuh masa kedua bermula dengan Poland dan Austria membuat pertukaran awal di jentera tengah pasukan untuk memberikan nafas baru mencari kemenangan sulung dalam saingan EURO 2024.

Kemasukan Robert Lewandowski dalam separuh masa kedua tidak membuahkan hasil malah lebih malang dia dilayangkan kad kuning selepas pengadil perlawanan mendakwa dia menyiku pemain lawan dalam perebutan bola di udara.

Anak buah Ralf Rangnick menggandakan jaringan pada minit ke-66 melalui sepakan Christoph Baumgartner yang berjaya mengelirukan penjaga gawang untuk mengubah mendahului Poland dengan satu sekali lagi.

Austria menambah derita Poland apabila Wojciech Szczęsny menjatuhkan Marco Sabitzer dalam situasi satu lawan satu dalam kotak penalti pada minit ke-77.


 

Sepakan penalti itu disempurnakan oleh Marco Arnautovic untuk membuka peluang buat Austria melangkah ke pusingan kalah mati.

Keputusan 3-1 kekal sehingga wisel penamat sekaligus melonjakkan kedudukan Austria di tangga kedua Kumpulan D dengan berkongsi tiga mata bersama Belanda dan Perancis, manakala saingan Poland berakhir tanpa sebarang mata dan akan melengkapkan baki perlawanan EURO 2024 menentang Perancis Rabu depan.
 

Advertisement

Must Watch Video