Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Antoine Griezmann tempelak keraguan penyudah Perancis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

griezmann.jpg
Antoine Griezmann membalas kritikan media selepas Perancis mara ke suku akhir EURO 2024 berbekalkan kemenangan 1-0 ke atas Belgium, awal pagi tadi. 

Jaringan sendiri Jan Vertonghen pada minit ke-85 sudah cukup untuk menghantar Les Bleus ke peringkat lapan terakhir di sebalik satu lagi persembahan hambar. 

Ia adalah kejadian kedua gol sendiri memberikan mereka kemenangan pada kejohanan itu selepas pembukaan tiga mata ke atas Austria.

Kylian Mbappe merupakan satu-satunya pemain Perancis yang mencetak nama sebagai penjaring menerusi sepakan penalti ke atas Poland.

Ini  bermakna penantian Perancis untuk jaringan dalam permainan terbuka berterusan.

Bagaimanapun, Griezmann tidak berpuas hati apabila dicadangkan jumlah jaringan Les Bleus yang terlalu rendah atau dia telah melakukan pengorbanan dengan beralih ke posisi sebelah kanan serangan. 

"Jangan bangkitkan kemarahan kami mengenai angka jaringan rendah sedangkan kami berada dalam suku akhir," katanya kepada BeIN Sports. 

 


"Bertahan lebih penting dalam perlawanan besar. Tanpa pertahanan yang hebat, anda tidak boleh pergi jauh. Ini adalah satu lagi sistem baru untuk kami jadi kami perlu membiasakannya.

"Saya hanya tahu mengenai posisi di sebelah kanan itu pagi ini. Saya berkhidmat untuk jurulatih dan pasukan. Jika jurulatih mengarahkan saya bermain di posisi itu maka saya mainkan. 

"Tidak kira di mana posisi saya sekalipun, saya akan memberikan yang terbaik. Didier Deschamps sedar di mana posisi yang saya gemari tetapi saya akan sentiasa memberikan segala-galanya untuk pasukan. Jurulatih ini mempunyai keyakinan terhadap saya dan saya cuba untuk membalasnya."





 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video