Pemain tengah Barcelona itu perlu menjalani kuarantin sejak menghidap pandemik berkenaan pada 7 Jun lalu, secara tidak langsung memicu kehuatiran terhadap penularannya di kem La Roha sebelum sepak mula Euro 2020.
Ketua jurulatih, Luis Enrique, kemudian mengetengahkan kaedah latihan gelembung buat anak buahnya bagi mengelak ia merebak apabila hanya Diego Llorente yang dikesan positif selepas itu.
Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) hari ini mengatakan Busquets akan kembali ke pangkuan skuad itu selepas negatif untuk COVID-19 dan akan mengikuti rombongan rakan sepasukannya bertemu Poland di Seville, 3 pagi Ahad ini.
? El presidente de la @rfef, Luis Rubiales, asiste al entrenamiento oficial de la @SeFutbol en Las Rozas.
— Selección Española de Fútbol (@SeFutbol) June 18, 2021
La delegación oficial viajará esta tarde a Sevilla, donde disputará mañana su segundo partido en la #EURO2020 .#SomosEspaña pic.twitter.com/tkqnBngu2q
Tanpa kelibat pemain tengah Barcelona itu, Sepanyol hanya mampu seri 0-0 dengan Sweden dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E -- perlawanan yang menyaksikan mereka memiliki 85 peratus penguasaan tetapi hanya mampu melancarkan lima percubaan tepat.
Juara Euro tiga kali itu menang lapan daripada 10 perlawanan ketika menentang Poland dengan satu-satunya kekalahan mereka adalah dalam perlawanan persahabatan di Barcelona pada November 1980.
La Roja sudah pasti ingin mengelakkan prestasi kemarau gol berturut-turut buat pertama kalinya sejak Piala Konfederasi 2013.