Pertahanan Atletico Madrid, Kieran Trippier, enggan membincangkan mengenai spekulasi yang mengaitkannya dengan Manchester United sambil menegaskan fokusnya kini 100 peratus buat England dalam kempen Euro 2020.
Trippier dikaitkan dengan satu perpindahan daripada juara LaLiga, Atletico Madrid, kepada pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), United, menjelang musim depan.
Pemain berusia 30 tahun itu telah menghabiskan dua musim terakhirnya di Sepanyol dan dilaporkan akan menyertai United tetapi mengambil pendekatan untuk menolak sebarang perbincangan mengenai masa depannya menjelang perlawanan separuh akhir menentang Denmark di Wembley awal pagi lusa.
"Saya telah menikmati musim yang hebat (di Atletico) dan kami memenangi kejuaraan," kata Trippier kepada Wartawan.
"Saya sedang bertugas bersama England, kami akan bertemu Denmark dan saya tidak mahu fokus mengenai kelab atau apa yang sedang berlaku.
"Saya hanya mahu fokus buat England dan melakukan yang terbaik seandainya saya bermain. Jika saya tidak bermain, saya masih akan memberikan 100 peratus," katanya.

Working towards Wednesday! ? pic.twitter.com/M79yMzK32w
— England (@England) July 5, 2021