Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Szczesny 'kantoi' merokok sebelum bertemu Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wojciech-szczesny-with.jpg
Penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny, didapati menghisap rokok hanya beberapa jam sebelum pertembungan Euro 2020 bertemu Sepanyol, menurut The Sun.

Skuad kendalian Paulo Sousa seri 1-1 dengan La Roja Sabtu lalu, selepas ketinggalan menerusi jaringan Alvaro Morata pada minit ke-25.

Robert Lewandowski menanduk masuk jaringan penyamaan sembilan minit selepas bermula separuh masa kedua, sebelum Gerard Moreno melepaskan peluang untuk menggandakan jaringan buat Sepanyol apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti.



Ia merupakan mata penting bagi Poland, untuk menghidupkan peluang layak ke peringkat kalah mati menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan awal pagi Khamis ini bertemu Sweden.

Dan beberapa jam sebelum perlawanan itu berlangsung, Szczesny ditemui dengan sebatang rokok di mulutnya ketika meninggalkan hotel pasukan di Sopot.

Ketika bintang Poland membuat persiapan ke terbang ke Seville bagi aksi Euro 2020 bertemu skuad kendalian Luis Enrique, penjaga gol Juventus itu kelihatan membawa sekotak rokok di luar bas pasukan.

Dia kemudian mengeluarkan sebatang dan membakar rokok sebelum menuju ke Sepanyol.



Sumber: The Sun, Daily Star,

Advertisement

Must Watch Video