Andriy Shevchenko tidak bimbang dengan mentaliti Ukraine kerana mereka ingin mengakhiri rentetan kekalahan dalam Euro 2020 ketika menentang Macedonia Utara, malam ini.
Ukraine memperoleh semangat ketika bertemu Belanda Ahad lalu, selepas mereka bangkit menyamakan kedudukan 2-2 daripada ketinggalan 2-0 -- sebelum jaringan daripada Andriy Yarmolenko, mereka tidak menjaringkan sebarang gol daripada 72 percubaan sebelum ini dalam saingan Euro.
Malangnya, mereka dibolosi dengan jaringan Denzel Dumfries yang meledak gol kemenangan Oranje 3-2, tetapi persembahan itu membuktikan Ukraine mampu menghadirkan masalah ke atas lawan yang lebih berkualiti.
Shevchenko yakin bahawa pasukannya mampu mencipta keputusan positif selepas mendambakannya dalam saingan Euro.
"Kami memiliki persefahaman yang tinggi dalam kalangan pasukan," katanya. "Kami mengetahui tugas yang perlu dihadapi dan kata-kata tambahan tidak diperlukan. Pasukan ini sudah bersedia secara mental.
"Ia adalah pertandingan yang penting. Bukan setiap tahun kami mampu beraksi dalam peringkat kumpulan Kejuaraan Eropah, jadi semua pemain mengetahui kepentingan setiap perlawanan dan bertanggungjawab mempamerkan aksi terbaik.
"Jadi, kami tidak memerlukan kata-kata tambahan."