Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Scotland mahu curi peluang tundukkan England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raheem-sterling.jpg
England dan Scotland akan bertemu untuk kali ke-100 dalam perlawanan antarabangsa awal pagi esok dalam perlawanan yang dapat membuktikan penting bagi kedua-dua pasukan dalam Euro 2020.

The Three Lions memulakan saingan dalam Kumpulan D dengan kemenangan 1-0 ke atas Croatia di Wembley, semenara Scotland meratapi kekalahan 2-0 kepada Republik Czech, Patrik Schick, meledak kedua-dua gol dalam perlawanan tersebut.

England dan Scotland telah beretmu di Wembley 32 kali dan tiada satupun perlawanan berakhir tanpa jaringan. Pada abad ke-21, perlawanan ini secara purata menghasilkan empat jaringan setiap permainan, dengan England meledak 11 dan manakala Scotland lima.

Kemenangan buat skuad kendalian Gareth Southgate menjaminkan tempat ke dalam pusingan 16, manakala keputusan positif yang wajib bagi Scotland dalam usaha mencuri peluang lolos ke peringkat seterusnya.

Sejarah terkini tidak menyebelahi Scotland. Mereka hanya mengatasi England sekali dalam 11 pertemuan terakhir mereka: kemenangan 1-0 di Wembley pada November 1999, terhasil menerusi jaringan Don Hutchison. Satu-satunya pertemuan mereka sebelumnya dalam kejohanan utama pada Euro 96, menyaksikan England menang 2-0 hasil gol Alan Shearer dan Paul Gascoigne.

Pertahanan England, Harry Maguire, yang mengisytihar dirinya cergas akan beraksi selepas pulihn daripada kecederaan ligamen buku lali, menjangkakan 'perlawanan hebat'.



"Sudah tentu ini adalah perlawanan yang besar," kata kapten Manchester United. "Mana-mana perlawanan Euro adalah pertembungan yang penting.

"Ini sudah pasti bakal menjadi hari yang hebat, kesempatan yang baik bagi negara untuk berkumpul dan mendorong kami terus ke hadapan dan mencuba yang terbaik untuk memperoleh tiga mata.

"Ia hanya akan menjadi hari yang baik jika kami memperoleh tiga mata dan saya yakin kami akan menikmati perlawanan ini."


 

Advertisement

Must Watch Video