Euro 2020: Saka sudah bersedia untuk pentas dunia, kata Grealish

Ammar Hakim
Jun 23, 2021 15:54 MYT
Pemain tengah England, Jack Grealish, memberikan pujian kepada rakan senegaranya, Bukayo Saka, selepas diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan dalam kemenangan ke atas Republik Czech, awal pagi tadi.
England memastikan mereka menjuarai Kumpulan D selepas kemenangan ke atas Republik Czech 1-0 untuk mara ke pusingan 16 untuk bertemu lawan di antara Perancis, Jerman, Portugal atau Hungary.
Raheem Sterling meledak gol kemenangan pada minit ke-12 selepas menanduk masuk hantaran silang Grealish, namun pemain muda Arsenal, Saka, berjaya mencuri tumpuan hasil permainannya yang ditampilkan buat skuad kendalian Gareth Southgate.
"Ia bukan satu kejutan buat kami," kata Grealish. Dia bermain dengan cemerlang dalam sesi latihan. Dia cemerlang dalam sesi latihan, jadi ia tidak mengejutkan dia berjaya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
"Seorang pemain yang berani dan sentiasa mahu ke hadapan. Dia baru sahaja berusia 19 tahun, masih kuat, tetapi dia menampilkan bakat yang meluas serta seorang yang mudah bergaul.
"Dia sangat digemari dalam bilik persalinan oleh semua dan oleh barisan jurulatih. Seorang yang memiliki latar belakang yang sungguh indah, saya berasakan dia sudah bersedia menempah nama di pentas dunia."
#England #Republik Czech #Jack Grealish #EURO 2020 #Bukayo Saka
;