Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Ammar Hakim
Jun 15, 2021 15:18 MYT
Jun 15, 2021 15:18 MYT
Cristiano Ronaldo tidak gembira dengan penganjur Euro 2020 keraana meletakkan dua botol Coca-Cola dalam bilik sidang media. Syarikat minuman Amerika Syarikat itu merupakan penaja Euro 2020.
Selepas melihat botol Coca-Cola di hadapannya dalam bilik sidang media, Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua' (dalam bahasa Portugis bermaksud air), sekaligus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Perkara yang tidak asing bagi Cristiano Ronaldo yang sentiasa mengetengahkan gaya hidup sihat dan memastikan tahap kecergasan dalam keadaan yang baik sepanjang kariernya. Jadi tidak hairanlah jika pemenang Ballon d'Or lima kali itu tidak gembira dengan botol Coca-Cola bottles diletakkan dihadapannya berbanding sesuatu yang lebih sihat.
Secara tidak langsung, tindakan Ronaldo itu memberikan impak negatif buat Euro 2020 serta Coca-Cola. Syarikat minuman itu merupakan penaja rasmi kejohanan tetapi Cristiano Ronaldo menentang daripada mengambil minuman tersebut secara umum, mungkin penganjur Euro 2020 boleh memikirkan semula kedudukan botol itu selepas ini.
?? Cristiano Ronaldo wasn't pleased with the bottles of coke at his press conference and shouted 'drink water!'...#POR | #CR7 pic.twitter.com/QwKeyKx2II
— The Sportsman (@TheSportsman) June 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sumber: BeanymanSports