Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Ronaldo adalah juara, tetapi menjengkelkan -- Marco Rossi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

skysports-cristiano-ronaldo_5416235.jpg
Cristiano Ronaldo adalah "juara yang hebat tetapi kadang-kadang dia boleh menjengkelkan", kata pengendali Hungary, Marco Rossi.

Hungary menentang Portugal dan Ronaldo dalam aksi pembukaan Euro 2020, tewas 3-0 kepada juara bertahan berikutan aksi cemerlang penyerang bertaraf bintang itu.

Ronaldo menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan sekaligus memimpin Portugal ke pusingan 16 bagi bertemu Belgium, tetapi ketua jurulatih Hungary, Rossi, mengecam pemenang Ballon d'Or lima kali itu.

"Ronaldo adalah juara yang hebat tetapi kadang-kadang dia agak menjengkelkan," kata Rossi kepada Gazzetta dello Sport.

"Selepas menjaringkan penalti ke atas Hungary, dia meraikannya seolah-olah dia telah menjaringkan gol dalam aksi final. Orang dapat melihat perkara ini."
 

Ronaldo menyamai rekod jaringan terbanyak di pentas antarabangsa yang dipegang oleh Ali Daei.

Penyerang berusia 36 tahun menjaringkan dua gol ketika seri 2-2 dengan Perancis tempohari.

Ronaldo kini adalah penjaring gol terbanyak dari Eropah yang terbanyak dalam kejohanan utama (Piala Dunia dan Euro), dengan dua jaringan ke atas Perancis menyaksikan dia mengatasi Miroslav Klose (19) kepada 21 gol.

 

Advertisement

Must Watch Video