Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Nick Pope hampir pasti tercicir barisi England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pope.jpg
Penjaga gol Burnley dan England, Nick Pope, dalam keraguan untuk kempen Kejohanan Euro 2020 akibat kecederaan lutut.

Pengurus Clarets, Sean Dyche, malam tadi mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu, yang kali terakhir beraksi dalam kemenangan 2-0 di Fulham pada 10 Mei lalu, perlu menjalani pembedahan.

Pope, yang telah membuat tujuh penampilan antarabangsa, dijangka membarisi skuad 26 pemain skuad Three Lions yang akan diumumkan Gareth Southgate esok. 

Menurut laporan di England, Pope memerlukan sekitar sebulan untuk pulih, ini bermakna dia kemungkinan akan terlepas kejohanan itu.

Burnley menyatakan pemain itu akan dinilai selepas pembedahannya selesai bagi melihat apakah dia mampu menjadi sebahagian daripada rancangan England -- yang akan membuka tirai saingan bertemu Croatia pada 13 Jun depan.

"Sayangnya, Nick memerlukan pembedahan kecil di lututnya minggu ini," kata Dyche melalui laman sesawang Burnley.

"Ia tidak bagus untuknya atau kami mahupun pasukan England. Kami akan menunggu dan memantaunya. Ia tidak terlalu serius tetapi pembedahan masih perlu dijalankan.

"Dia berusaha untuk kembali (ketika bertemu Sheffield United tengah malam tadi) bagi menguji situasinya sendiri tetapi tidak cukup berlatih, jadi kami harus membuat penilaian atas hal itu.

"Dia tahu apa yang harus dilakukannya. Dia akan melakukan pembedahan pada minggu ini dan mudah-mudahan, dia akan pulih dengan segera."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video