Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Itali hanya akan bertambah baik -- Mancini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mancini_.jpg
Roberto Mancini tidak meragui dalam kemampuan Itali untuk terus meningkat dalam saingan Euro 2020, meskipun Azzurri memulakan saingan dengan penuh bergaya.

Italy mengatasi Turki 3-0 di Rom Jumaat lalu -- Ciro Immobile dan Lorenzo Insigne meledak jaringna selepas gol sendiri daripada Merih Demiral.



The Azzurri menang sembilan perlawanan terakhir, tidak dibolosi dalam semua perlawanan, sementara Mancini menghampiri rekod Vittorio Pozzo 30 perlawanan tanpa kalah, dengan pasukan Itali kini hanya memerlukan dua perlawanan lagi untuk menyamai rekod tersebut.

Mereka bakal bertemu Switzerland di Stadio Olimpico dan kemenangan akan memastikan mereka layak ke peringkat seterusnya.

"Perlawanan bertemu Turki agak sukar," kata Mancini kepada sidang akhbar. "Tetapi ketika kami berjaya menjaringkan gol, mereka membuka buat kami. Kami harus menang perlawanan berikutnya dan jika mungkin juga yang berikutnya. Kami harus melakukan yang terbaik.

"Saya yakin. Ini adalah pasukan yang sangat baik yang hanya boleh bertambah baik. Sekiranya ramai yang mengandaikan Itali adalah pasukan pilihan, kami menerimanya namun perjalanan masih panjang. Banyak lagi perkara yang perlu kami lakukan."
 




 

Advertisement

Must Watch Video