Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Gol berganda Locatelli pastikan kemaraan Itali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

locatelli.jpg
ITALI 3 SWITZERLAND 0

Itali menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat dalam pusingan kalah mati Euro 2020 selepas jaringan berganda Manuel Locatelli membantu skuad Azzurri itu menewaskan Switzerland 3-0 awal pagi tadi.

Locatelli membuka jaringan pada minit ke-29 di Stadio Olimpico, di mana Switzerland gagal melakukan sebarang percubaan tepat sepanjang 45 minit pertama.

Pemain tengah Sassuolo itu sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-52 sebelum Ciro Immobile menambah gol ketiga Itali pada lewat permainan bagi membuktikan betapa skuad kendalian Roberto Mancini itu perlu diberikan perhatian dalam edisi kali ini selepas turut menewaskan Turki 3-0 dalam perlawanan permbukaan.

Switzerland wajib menewaskan Turki dalam perlawanan  terakhir peringkat Kumpulan A manakala Itali pula boleh merehatkan pemain utama mereka ketika menentang Wales, Isnin ini.
 

Advertisement

Must Watch Video